PENTING KE PAKAI CERMIN HITAM? 🤔 tengok sampai habis #nour #noureye
Ini adalah soalan biasa yang ditanya oleh ramai orang apabila mereka menyedari kepentingan cermin mata hitam. Namun, ramai yang masih keliru tentang jenis cermin mata hitam yang hendak digunakan dan mengapa kita memerlukannya?
Memakai cermin mata hitam adalah sangat penting untuk kita memberi perlindungan mata daripada sinaran UV. Kerana cahaya matahari akan menyebabkan mata kita mengalami KATARAK, ini bahaya. Dan juga yang paling penting ialah dapatkan nasihat pakar optometris untuk mendapatkan cermin mata hitam yang sesuai untuk anda.
Sebab cermin mata hitam ini bagus ialah ia boleh menapis dan memberikan 99-100% perlindungan UVA dan UVB daripada cahaya matahari.
Adakah anda tahu bahawa memakai cermin mata hitam boleh membantu mata anda kekal sihat?
Lindungi mata anda daripada sinaran ultraungu yang berbahaya: Matahari memancarkan dua jenis sinaran ultraungu (UVA dan UVB), yang boleh merosakkan kornea, kanta dan retina anda.
Membantu mencegah katarak: Katarak adalah salah satu punca utama kebutaan di dunia hari ini. Ia adalah kelegapan pada kanta mata yang menyebabkan anda sukar untuk melihat dengan jelas. Semakin lama anda terdedah kepada sinaran UV, semakin tinggi risiko anda akan mengalami katarak atau kehilangan penglihatan secara umum. Di samping itu, terdapat bukti kukuh bahawa memakai cermin mata hitam berkualiti membantu mengurangkan risiko perkembangan katarak anda.